Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Selangor Sedia Tong Kitar...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyasarkan sekurang-kurangnya 30 lokasi bazar Ramadan di...

Harga RON97 Naik Dua...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga bagi...

Hukuman Mengaibkan Jika Kotori...

MELAKA - Satu paparan 'memalukan' menyiarkan nama, wajah, denda berat dan pesalah perlu...

Tema Kahwin Yang Sedang...

MAJLIS perkahwinan adalah momen paling bermakna dalam hidup setiap orang dan setiap tahun...

Fasa 4 PPN: SOP Untuk Sarawak Pada 4 Jan

KUCHING: Prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sarawak, akan dikeluarkan pada 4 Jan depan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan SOP tersebut akan dikendalikan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

“Rakyat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan SOP ditetapkan walaupun Sarawak berada dalam Fasa Empat PPN,” menurut JPBN dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 31 Dis lalu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan bersetuju supaya Sarawak dan Kelantan, beralih ke Fasa Empat PPN esok.


Hishammuddin berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada hari ini, Sarawak mencatatkan 13 kes baharu COVID-19 sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 252,341.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori