Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Kerugian RM10,000...

BUTTERWORTH - Sepasang suami isteri yang juga ahli perniagaan kerugian kira-kira RM10,000 selepas...

Peserta Dewi Remaja Tersungkur...

“BUKAN masalah kasut tapi pentas itu tidak stabil dan karpet yang digunakan berlubang,”...

Risiko Jangkitan Covid-19 Melalui...

KUALA LUMPUR - Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut.Bunyinya lucu, namun ia menjadi topik...

Tiket Pembukaan Para ASEAN...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tanah air boleh menyaksikan acara gilang gemilang pembukaan...

Gempa Bumi 6.1 Magnitud Landa Indonesia

JAKARTA : Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia hari ini tanpa amaran tsunami dikeluarkan, agensi berita Xinhua memetik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.

Gempa bumi berlaku pada jam 9.26 pagi waktu tempatan (0226 GMT), dengan pusat gempa terletak 39 kilometer (km) tenggara bandar Melonguane di daerah Talaud pada kedalaman 12 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

Sementara itu, Xinhua turut melaporkan gempa bumi dengan magnitud 6.0 menggegarkan 231 km tenggara Sarangani, Filipina pada 02:26:13 GMT hari ini.

Menurut United States Geological Survey, pusat gempa, dengan kedalaman 23.99 km pada awalnya ditentukan pada 3.6951 darjah utara dan 126.6747 darjah timur.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori