Memang benar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan parti itu tidak akan menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ramai agak terkejut kerana PKR pencetus kepada penubuhan Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Alternatif (BA).
Gabungan parti politik itu ditubuhkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kumpulan pembangkang akibat dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada Kabinet kerana kes liwat.
Terdapat beberapa kemungkinan PKR mengambil keputusan tersebut untuk berdepan PRN JOhor kali ini:
Pertama ia merupakan satu manifestasi oleh PKR bahawa gabungan PH telah ditolak oleh rakyat. Justeru PKR tidak mahu dikaitkan dengan PH dalam PRN Johor.
Langkah itu diharap menyelamatkan PKR daripada `kemaluan berganda’ selepas tidak menang sebarang kerusi dalam PRN Melaka dan Sarawak baru-baru ini.
Kedua ia mungkin taktikal oleh PKR dan PH untuk memesongkan ketetapan rakyat Johor tentang undi mereka dalam PRN negeri itu tidak lama lagi.
Memandangkan rakyat Johor menolak PH, maka gabungan parti pembangkang berharap PKR dengan logonya sendiri akan memenangi kerusi buat PH.
Walau apa pun kemungkinan yang paling tepat antara kedua-duanya, kesemua itu merupakan suatu manipulasi yang licik dan curang terhadap undi rakyat Johor.
Pertama rakyat Johor akan tersalah faham bahawa mereka mengundi PKR sahaja sedangkan sebenarnya mereka turut mengundi kerajaan 22 bulan yang dibenci.
Kedua PKR cuba menyelamatkan diri daripada kehancingan kerajaan 22 bulan yang banyak menyakiti hati dan perasaan rakyat Johor walhal segala kekencingan melibatkan PKR.
Kesimpulannya, Bangsa Johor perlu benar-benar berwaspada kali ini supaya tidak `masuk gaung yang sama’ dan jangan diulangi kesilapan 9 Mei 2018.
PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menggunakan logo PKR dan menang di Johor, maka barangkali menjangkakan dapat memperdaya rakyat Johor sekali lagi.
-Mynewshub