Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Driver Bas Ekspres ‘Kerek’...

PERKONGSIAN di laman sosial tentang sikap melampau seorang pemandu yang mengherdik penumpang warga...

Anak Minta Teh Terima...

SEORANG ibu kehilangan hak penjagaan tiga anak selepas dirakam memukul anak bongsunya yang...

15 Militan Maut Serangan...

KUNDUZ - Sekurang-kurangnya 15 militan Taliban terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam satu...

3 Lelaki Warga Asing...

KUALA LUMPUR - Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki...

Guru Rugi RM22,160 Ditipu Individu Menyamar Pegawai LHDN

TELUK INTAN: Tindakan seorang guru menyerahkan nama pengguna dan kata laluan perbankan miliknya kepada individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membawa padah, apabila dia kerugian RM22,160.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, guru lelaki berusia 47 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu kononnya dari LHDN yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran cukai.

Katanya, mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebelum panggilan tersebut disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk membuat laporan polis.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada pihak mahkamah kononnya mangsa terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram.

“Pada hari sama, mangsa juga telah menyerahkan butiran perbankan iaitu nama dan kata laluan miliknya kepada seorang wanita dikenali Jasmine dengan alasan untuk memudahkan seliaan dan pemantauan mahkamah,” katanya di sini hari ini.


Menurut beliau, mangsa menyedari ditipu setelah wang dalam akaun bank simpanan miliknya dipindahkan secara berperingkat melalui dua transaksi berjumlah RM22,160.

Katanya, mangsa telah membuat satu laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas penipuan itu semalam.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori