Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Pemimpin Berjiwa Besar...

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan...

Dakwaan Muhyiddin BN Akan...

ALOR SETAR - Dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin...

PIAM, Ahli Diberikan Sebulan...

PETALING JAYA - Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan 22 ahlinya diberikan tempoh...

Kerajaan Berusaha Selesaikan Isu...

PETALING JAYA - Kerajaan berusaha mencari langkah untuk menyelesaikan isu penurunan ringgit memandangkan...

Hampir 50,000 Tan Sisa Banjir Dikeluarkan, Dilupuskan

PUTRAJAYA: Hampir 50,000 tan sisa banjir dapat dikeluarkan dan diuruskan pelupusannya di seluruh Selangor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, bagi kawasan Shah Alam sahaja, lebih 20,000 tan sisa banjir sudah diuruskan sepenuhnya.

“Saya ucapkan tahniah kepada sinergi SWCorp dan syarikat-syarikat konsesi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) serta pasukan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dapat merawat keresahan rakyat pasca banjir ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau menyertai program Mega Pembersihan Pasca Banjir yang dianjurkan bersama kementerian bersama Kerajaan Negeri Selangor.

Reezal Merican berkata, program ini merupakan pelengkap kepada kerja-kerja pengurusan sisa banjir yang berjalan sejak awal insiden banjir berlaku di kawasan ini.


Katanya, hampir 2,000 sukarelawan serta pekerja pembersihan berada di sekitar Sri Muda pagi ini bagi melaksanakan pembersihan awam khususnya melibatkan saliran perparitan yang tidak dapat dicapai oleh jentera pembersihan.

“Alhamdulillah, saya juga berbangga dengan pasukan KPKT yang sentiasa berada di setiap lokasi insiden, baik dari #WiraMerah Jabatan Bomba dan Penyelamat, sehinggalah kepada pasukan sukarelawan MyLiveable Squad serta pasukan pembersihan, SWCorp dan juga syarikat konsesi. KPKT sentiasa ada untuk rakyat.

“Terima kasih juga kepada sukarelawan yang membantu sejak hari pertama baik dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan yang tidak membawa sebarang jenama. Mereka ini turun atas kesungguhan untuk membantu tanpa jemu, sepanjang waktu,” ujarnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori