Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perenang Perancis Dilucut Medal...

PINGAT perak yang diraih perenang Perancis, Aurelie Muller ditarik balik selepas dia didapati...

Gejala Ketagihan Gam Meruncing,...

PUTRAJAYA - Rang Undang-undang mengenai bahan khayal akan digubal bagi menangani penyalahgunaan bahan...

Restoran Diskaun Ikut Saiz...

BEIJING - Pada 2015 lalu, China gempar apabila sebuah retoran di Jinan, ibu...

Imbasan 2014: Kepergian Seniman...

"Di mana kan ku cari ganti, serupa denganmu." Itu antara bait lagu alunan...

Hanya Catat Tiga Kes Covid-19, Satu Bandar Kena ‘Lockdown’

BEIJING: Lebih sejuta penduduk di Yuzhou di wilayah Henan dikenakan perintah berkurung selepas tiga kes jangkitan Covid-19 yang tidak bergejala dikesan di bandar tersebut.

Langkah itu diambil ketika China terus berusaha melaksanakan dasar ‘sifar Covid-19’ yang dianggap kebanyakan negara lain sebagai tidak masuk akal.

Perintah berkurung itu menyaksikan 1.17 juta penduduk Yuzhou tidak dibenarkan keluar dari rumah bermula semalam.

Terdahulu, pihak berkuasa di bandar itu sudah mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam akan dihentikan buat sementara waktu melibatkan bas dan teksi.


Selain itu, pusat beli-belah, muzium dan semua kawasan tumpuan pelancong juga akan ditutup.

China merekodkan sebanyak 175 kes baharu sehingga hari ini, termasuk lima di wilayah Henan dan lapan di bandar Ningbo.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori