Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selebriti Ikon Banteras Dadah

LAPAN selebriti yang juga ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dilantik sebagai ikon Agensi...

Diam-Diam Siti Nurhaliza Bakal...

BAGI yang mengikuti perkembangan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi laman Instagram...

Pengarah Syarikat Didakwa Pecah...

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Tiada Lagi Amalan Kewangan...

BANGKOK - Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa sebarang amalan kewangan yang tidak telus dalam...

Harga Dedak Naik Lagi, Penternak Mengeluh

ALOR SETAR : Bagaikan tiada kesudahan. Itulah yang terjadi apabila kenaikan harga dedak yang dikaitkan dengan ketidakstabilan harga ayam terus berlaku pada tahun baharu ini sekali gus mengundang keluhan dalam kalangan penternak.

Seorang penternak, Mazlina Kamarudin, 54, berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kenaikan harga dedak sebanyak RM1 bagi setiap kampit seberat 50 kilogram (kg) berkuat kuasa 1 Januari dengan jumlah RM111 sekampit bagi harga borong ketika ini.

“Jumlah kenaikan sejak Oktober 2020 hingga 1 Januari adalah RM29. Setiap bulan ada kenaikan antara RM1 hingga RM3 kecuali November tahun lepas. Kini sekampit sudah meningkat sehingga RM111 bagi harga borong dan harga runcit pula RM121.

“Kami sebagai penternak tiada pilihan kerana dedak adalah input penting dalam segmen penternakan. Pengeluar dedak pula mereka bersatu jika kata nak naik, semua akan naiklah. Keadaan seolah tidak berubah walaupun masuk tahun baharu, kerana peningkatan kos makanan ayam ini tentu akan meningkatkan kos operasi penternak,” katanya di sini semalam.

Beliau yang juga Pengarah Urusan syarikat penternakan, Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) berkata, faktor kenaikan harga dedak itu dipercayai akibat peningkatan kos pengangkutan, kejatuhan mata wang dan bahan komoditi seperti jagung dan soya yang terhad di pasaran antarabangsa.

“Itu alasan yang diberikan pengeluar dedak terutama kos berkaitan pengangkutan kapal dari luar negara. Kenaikan seperti ini akan terus membebankan penternak terutama dengan harga ayam yang dikawal kerajaan sekarang dan penternak akan terus menanggung kerugian.


“Saya melihat paten ini semacam ada satu pertembungan antara kerajaan dan pengeluar dedak kerana kenaikan dedak terus berlaku di sebalik skim kawalan harga yang ditetapkan kerajaan untuk ayam. Ibaratnya dua-dua pihak ini bertembung dan kami penternak ini terpaksa menanggung beban,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau merayu agar kerajaan menangani kenaikan harga dedak ini dengan mekanisme terbaik agar ia tidak terus berleluasa.

“Jadikan dedak barang kawalan dan tetapkan harga siling supaya harga dedak tidak terus naik. Bayangkan kini sudah RM29 dalam tempoh setahun lebih. Kita berkata tentang berjuta-juta kilogram yang kita harus sediakan untuk ternakan.

“Kita rayu kerajaan masuk kilang dedak dan buat kajian adakah kenaikan itu munasabah? Cari mekanisme untuk selaraskan harga dedak ini,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori