Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Birthday Saya, Suami Hadiahkan...

KEJUTAN berupa hadiah untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan...

Puspakom Sedia Tambah Baik...

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh...

Lepas Harimau Gajah Pula

JERANTUT - Selepas dikejutkan dengan kehadiran harimau dahan yang menyorok di bawah rumah...

KDN Aktifkan Semula Senarai...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengaktifkan semula senarai individu yang tidak dibenarkan memasuki Malaysia...

Hentikan i-Citra, Tubuh Program Dana Rakyat

PETALING JAYA : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan agar tidak meneruskan program pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra buat kali ketiga bagi mengelakkan masalah di waktu persaraan nanti.

Presidennya, Abd. Halim Husin berkata, selain krisis bencana alam, krisis yang jauh lebih besar dan berupaya memusnahkan kehidupan setiap rakyat Malaysia ialah krisis kemiskinan pada usia persaraan memandangkan lebih 80 peratus pencarum aktif KWSP mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.

Ujarnya, membenarkan pengeluaran baki simpanan yang tidak seberapa untuk berdepan bencana banjir bukan sahaja akan menambah derita pencarum dengan baki simpanan yang terlalu sedikit apabila mereka bersama, tetapi tetap gagal merungkai masalah kewangan mereka hari ini seperti yang berlaku ketika i-Citra 1.0 dan i-Citra 2.0.

“Lebih memburukkan keadaan, pengeluaran tabung amanah simpanan seperti KWSP berkali-kali sebelum tiba waktu matangnya tentu akan memberi tekanan kepada KWSP untuk melabur secara lebih terancang, disamping menyukarkan mereka untuk menjanjikan pulangan yang lebih baik kepada pelabur.

“Dengan kenaikan kos sara hidup, kos penjagaan kesihatan serta purata usia yang semakin panjang, tabung simpanan KWSP adalah satu-satunya harapan buat bakal pesara yang mesti dijaga dan dipertahankan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Abd. Halim, bagi menangani krisis bencana alam dan pandemik Covid-19, pelbagai kaedah bantuan mesti dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan tanpa meletakkan beban tersebut seluruhnya kepada warganegara yang telah banyak berkorban.


DPMM berharap kerajaan akan meluluskan cadangan untuk meninggikan had bantuan pinjaman tanpa riba oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada RM25,000 bagi setiap isi rumah dan Tekun Nasional untuk menaikkan had bantuan mereka kepada RM15,000 untuk setiap peniaga yang terkesan akibat banjir.

“Bagi mendepani krisis ekonomi selepas bersara, kerajaan juga harus lebih berani untuk melaksanakan langkah-langkah yang lebih drastik seperti mewujudkan Skim Pencen Universal serta kajian semula tahap gaji nasional.

“DPMM turut mendesak kerajaan untuk menubuhkan dan menguatkuasakan program Dana Rakyat berteraskan konsep wakaf bagi membantu menyediakan modal pusingan munasabah buat usahawan yang terjejas oleh bencana dalam negara,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori