Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tindakan Mahathir Memudaratkan UMNO,...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak seharusnya bercakap tentang kesetiaannya kepada...

Hentikan Provokasi Negatif Terhadap...

PORT DICKSON - Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia meminta semua pihak termasuk orang...

Bojan Puas Hati Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak tetap berpuas...

Inkues: Balu Mejar Zahir...

KUALA LUMPUR - Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan...

Indonesia Bakal Adakan Pemilu Pada 14 Februari 2024

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk meneruskan penggal ketiga pemerintahan seperti yang didakwa oleh banyak pihak, lapor laman berita Benar News kelmarin.

Menurut Jokowi, beliau tidak berminat untuk memegang jawatan pemimpin tertinggi Indonesia itu lebih lama daripada tempoh sepatutnya.

“Saya boleh beri jaminan kepada anda, saya tidak mahu sebarang pemanjangan dalam tempoh berkhidmat sebagai Presiden Indonesia,” jelasnya.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia baru-baru ini mengisytiharkan tarikh pemilihan umum presiden (Pemilu) telah ditetapkan pada 14 Februari 2024.

Ini sekali gus menutup khabar angin yang mengatakan bahawa khidmat Jokowi akan dipanjangkan untuk satu penggal lagi tanpa sebarang Pemilu.


Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Ilham Saputra berkata, pemilihan ketua daerah, datuk bandar dan gabenor wilayah akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 27 November tahun yang sama.

Bagi mengurangkan polarisasi politik, suruhanjaya berkenaan mengesyorkan tempoh berkempen selama empat bulan mulai 14 Oktober 2023.

“Empat bulan sudah memadai. Orang ramai tidak seharusnya berpecah-belah terlalu lama dan kami berpendapat bahawa dengan teknologi komunikasi, media dan media sosial, ini adalah masa yang cukup,” tegas Ilham.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori