Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mati Bunuh Diri Dilanggar...

Seorang lelaki dilaporkan mati bunuh diri dilanggar kereta api yang dipandu bekas teman...

Remaja Kritikal Selepas Terjatuh...

SEORANG remaja terjatuh dari jambatan di Trafford Centre, Manchester. Polis dikejarkan ke pusat membeli-belah...

‘Naked City’, Pusat Peranginan...

SEBUAH pantai di Perancis ‘mewajibkan’ pengunjungnya berbogel semasa berada di kawasan tersebut. Pusat...

Polis Nafi Tentera Berkawal...

SANGKAL.... Polis Putrajaya menafikan penularan gambar yang memaparkan sejumlah kenderaan tentera berkawal di...

Indonesia Cadang Guna Setengah Dos Untuk Vaksin Penggalak

JAKARTA – Menteri Kesihatan Indonesia (Menkes), Budi Gunadi Sadikin berkata negara itu bercadang untuk memberikan setengah dos vaksin sebagai vaksin penggalak Covid-19 kepada warganya, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Cadangan itu dibuat selepas keizinan untuk menggunakan setengah dos yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dan Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Suntikan setengah dos itu adalah bagi vaksin jenis Moderna dan Pfizer kerana kedua-dua vaksin itu dipercayai mempunyai dos yang lebih tinggi.

“CDC dan FDA Amerika Syarikat mengeluarkan polisi ‘setengah dos’ bagi vaksin penggalak Moderna kerana terdapat isu berkenaan kesan sampingan Moderna dan sistem pelaporan berkaitan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI),” kata Budi.

Beliau menambah pada masa ini, Kumpulan Penasihat Teknikal Imunisasi Indonesia (ITAGI) sedang menjalankan penyelidikan berhubung perkara itu.

“Mudah-mudahan ia dapat disiapkan pada 10 Januari depan,” katanya lagi.


Budi berkata, sekiranya hasil ITAGI menunjukkan keberkesanan dan tiada perbezaan bagi dos separuh dan dos penuh, Indonesia akan menggunakan separuh dos bagi vaksin penggalak.

Selain itu, langkah itu juga akan menjadikan Indonesia boleh mendapatkan sasaran penggalak dengan stok vaksin yang tersedia.

Jelas Budi, Indonesia memerlukan 230 juta dos penggalak dan sehingga kini, negara itu hanya mengumpul kira-kira 113 juta dos.

“Namun, ini masih dalam perbincangan, keputusan akan keluar selepas laporan daripada pasukan profesor dari ITAGI memberikan keputusannya pada 10 Januari depan,” tambahnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori