JAKARTA : Indonesia mensasarkan penghasilan dua jenis pil antiviral COVID-19 tempatan, Molnupiravir dan Paxlovid pada April atau Mei tahun ini.
“Kerajaan akan terus memastikan bekalan ubatan COVID-19 untuk kegunaan domestic mencukupi bagi menghadapi gelombang virus SARS-CoV-2,” kata jurucakap petugas khas COVID-19 kerajaan, Reisa Broto Asmoro dalam satu sidang media maya.
Kerajaan telah memperoleh 400,000 tablet Molnupiravir untuk merawat COVID-19 melalui syarikat pembekal ubat generik India, PT Amarox Pharma Global.
Pil antivirus berfungsi memperkenalkan ralat pada kod genetik virus SARS-CoV-2 dan menghalang virus daripada terus berganda.
Negara yang memiliki bilangan penduduk keempat tertinggi di dunia itu menyaksikan jumlah kes COVID-19 didorong varian Omicron meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Jumlah keseluruhan kes Omicron meningkat kepada 882 kes setakat 14 Jan, manakala 276 pesakit telah sembuh pada Rabu, kata Reisa.
Indonesia mencatat 1,362 kes COVID-19 pada 18 Jan, jumlah kes harian tertinggi sejak pertengahan Okt 2021.
-Awani