Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Terbukti Benar Kata-Kata Mahathir...

DULU Tun Dr. Mahathir Mohamad terkenal dengan kata-kata hikmat "Tidak ada kawan dan...

PPI Pengeluaran Tempatan Susut...

KUALA LUMPUR - Indeks harga pengeluar (PPI) pengeluaran tempatan merosot 1.5% pada Mei...

SPAD Akan Ambil Tindakan...

IPOH - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung kad pemandu atau membatalkan...

Aplikasi ‘MySekolah’ Pantau Aktviti...

KUALA LUMPUR - Aplikasi mudah alih 'MySekolah,' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa...

Isu 1MDB: Bekas CFO Nafi Punyai Kawalan Kewangan

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Azmi Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak terlibat mengawal setiap sen wang dalam traksaksi melibatkan 1MDB.

Sebaliknya, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata segala tindakan yang dilakukan berkaitan transaksi pemindahan wang adalah atas arahan yang diberikan kepadanya oleh Jho Low atau nama sebenarnya, Low Taek Jho.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Azmi berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Hariharan Tara Singh pada perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes rasuah dana RM2.28 bilion 1MDB.

Dalam perbicaraan yang sama, dia turut menafikan namanya dikeluarkan daripada tuntutan mahkamah sebagai balasan untuk memberikan keterangannya terhadap Najib.

Sebaliknya, Azmi memberitahu bahawa dia hanya dipanggil polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkodkan kenyataan.

Bagaimanapun, dia bersetuju dengan pasukan peguam bekas Perdana Menteri itu bahawa nama beberapa saksi pendakwaan juga digugurkan daripada saman sivil yang sama.

Azmi, yang memegang jawatan CFO dari 2012 hingga 2017 turut mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima surat tuntutan saman tersebut dan hanya mengetahui mengenai saman itu melalui media.


Pada 10 Mei 2021, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn. Bhd. telah memfailkan sejumlah 22 saman sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Saman itu difailkan 1MDB atas pelbagai dakwaan antaranya pelanggaran tanggungjawab fidusiari dan konspirasi.

Bagaimanapun, pada 16 Ogos 2021, 1MDB menarik balik saman terhadap tujuh individu iaitu Che Lodin, Ismee, Ashvin Tan Sri Ong Gim Huat (bekas Pengerusi 1MDB), bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman serta Azmi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Khamis.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori