Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wadah Kecam Laporan `The...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) mengecam laporan `The Gospel...

SOP Pembukaan Sempadan Kini...

PUTRAJAYA : Prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan negara akan diumumkan dalam tempoh...

Budak Perempuan 3 Tahun...

LUMRAH kanak-kanak, adakalanya terlalu aktif sehingga menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka boleh...

Minyak Naik: Pemuda MIC...

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi minyak berikutan kenaikan harga petrol...

Jangan Guna Lagi Dana KWSP – DPMM

KUALA LUMPUR: Pengeluaran dana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh diteruskan kerana ia bukan lagi realistik bagi semua keadaan pada ketika ini.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin, berkata isu pengeluaran dana persaraan itu tidak sewajarnya terus dieksploitasi demi meraih matlamat politik jelek.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan digesa supaya menggandakan pelbagai bentuk bantuan serta pengecualian kepada setiap individu serta isi rumah tanpa perlu bertangguh lagi.

“Sudah dua program i-Citra KWSP dilaksanakan dengan membenarkan pengeluaran wang simpanan Akaun 1 dan Akaun 2 pencarum sebelum usia persaraan.

“Justeru DPMM menggesa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak meneruskan i-Citra kali ketiga kononnya bagi meringankan beban mangsa banjir baru-baru ini atau menangani musibah COVID-19 dengan jangkitan varian baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas isu pengeluaran simpanan KWSP yang sedang hangat diperkatakan berikutan ia membabitkan untung rugi orang Melayu.

Abdul Halim berkata, selain bencana alam, krisis yang jauh lebih besar dan berupaya memusnahkan kehidupan setiap rakyat adalah krisis kemiskinan pada usia persaraan memandangkan lebih 80 peratus pencarum aktif KWSP pada hari ini mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.

“Jika kerajaan membenarkan pengeluaran baki simpanan lagi, ia bukan saja menambah derita pencarum dengan baki simpanan yang terlalu sedikit apabila mereka bersara, namun tetap gagal merungkai masalah kewangan dihadapi mereka sebagaimana berlaku ketika i-Citra 1.0 dan i-Citra 2.0.

“Lebih memburukkan keadaan, pengeluaran tabung amanah simpanan pelaburan seperti KWSP berkali-kali sebelum pencarum mencapai umur persaraan, tentu memberi tekanan kepada KWSP untuk melabur secara lebih terancang, di samping menyukarkan mereka menjanjikan pulangan atau dividen yang lebih baik kepada pelabur,” katanya.

Katanya, memang usaha kerajaan dan KWSP dalam menguatkuasakan larangan mengeluarkan simpanan sebelum tempoh bersara adalah langkah bijak.


“Kita sedia maklum bagaimana KWSP sudah memberikan banyak kelonggaran apabila memecahkan simpanan pencarum kepada tiga akaun untuk memberi fleksibiliti pengeluaran bagi membiayai keperluan mendesak dan asasi tanpa mengganggu simpanan daripada Akaun 1.

“Meneruskan kehidupan yang selesa selepas tempoh bersara adalah cita-cita setiap rakyat Malaysia. Tiada ada sesiapa yang mahu bekerja membanting tulang seluruh hidupnya,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan kos sara hidup, kos penjagaan kesihatan serta purata usia yang semakin panjang, tabung simpanan KWSP adalah satu-satunya harapan buat bakal pesara yang mesti dijaga dan dipertahankan.

“Menyedari betapa besarnya skala keperitan dan kemusnahan akibat bencana dan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku, pelbagai kaedah bantuan mesti dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan tanpa meletakkan beban tersebut seluruhnya kepada rakyat yang banyak berkorban.

“Bantuan tunai atau pinjaman tanpa faedah sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, serta pelaksanaan moratorium automatik merentas agensi oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, harus dipuji, dengan gesaan agar kaedah pelaksanaannya dapat dipermudahkan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, DPMM mahu kerajaan meluluskan cadangan untuk meninggikan had bantuan pinjaman tanpa riba oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada RM25,000 bagi setiap isi rumah manakala TEKUN NASIONAL digesa menaikkan had bantuan mereka kepada RM15,000 untuk setiap peniaga yang terkesan oleh musibah banjir.

“Selain itu, dalam mendepani krisis ekonomi selepas bersara, DPMM mahu kerajaan lebih tekad dan berani dalam melaksanakan langkah-langkah ‘pre-emptive’ yang lebih drastik.

“Seterusnya, DPMM mengulangi desakan kepada kerajaan untuk menubuh serta menguatkuasakan program Dana Rakyat yang berteraskan konsep waqaf bagi membantu menyediakan modal pusingan munasabah kepada usahawan yang terjejas dengan bencana berganda negara,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori