Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Gagal Dapat Perintah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk...

Anak Nampak Ibu ‘Dibaham’...

SEORANG wanita warga emas, Siluvamma; 65, maut selepas 'dibaham' hidup-hidup oleh sekumpulan 100...

JDT Atasi Kelab Ternama,...

PASUKAN bola sepak Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) membuat kejutan apabila pasukan berkenaan...

U.M.A.R Rangkum Kejayaan Pendidikan...

PUTRAJAYA - Siri kejayaan yang diraih universiti-universiti tempatan di peringkat antarabangsa dirumuskan Kementerian...

Jangan Terlalu Cepat Longgarkan SOP – Pakar Kesihatan

KUALA LUMPUR : Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) ketika kes COVID-19 dilihat kembali meningkat.

Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata, terlalu banyak SOP telah dilonggarkan tanpa mengambil kira keadaan semasa.

“Permulaan 2022 kita dapat lihat banyak kelonggaran diberikan termasuk pembukaan semula sekolah, sektor ekonomi, pelancongan, pekerjaan, dan sebagainya.

“Dari 2,000 kes harian sekarang kita dapat lihat kes telah mula mencecah 5,000 kes dan keadaan ini tidak mustahil terus meningkat disebabkan musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dr Shamsul turut menggesa kerajaan agar mengkaji semula pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka apabila melihat kepada varian Omicron yang sedang menular.

“Saya cadangkan kerajaan terus kekal dengan platform digital untuk sesi pembelajaran atau menggunakan sistem penggiliran yang sememangnya berkesan untuk membendung penularan.


“Mungkin sesi persekolahan ini kita hanya bagi tumpuan bagi kelas yang menduduki peperiksaan.

“Saya yakin Kementerian Pendidikan (KPM) dan barisan guru-guru mampu untuk terima keadaan ini untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.

Mengulas lanjut katanya, amalan norma baharu ketika ini juga seakan pudar apabila soal SOP semakin dipinggirkan yang berpunca akibat kelonggaran yang banyak diberikan.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori