Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Biro Siasatan Diarah Kenal...

PUTRAJAYA - Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan diarahkan menjalankan...

Wakil Malaysia Sambar RM16.8...

KUALA LUMPUR - Ketika tumpuan diberikan kepada kontinjen Malaysia yang berjuang di Sukan...

Jadikan Tun M ‘Kebal’...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberi ruang...

Top 10 Ibu Urban...

SETIAP tahun, perayaan Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.Namun walau...

Jawatankuasa PPSM Nafi Sepakat Gesa Mohd Naim Direhatkan

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) menafikan pembabitan mereka dengan kenyataan dikeluarkan atas nama Presidennya, Ibrahim Deris, menyarankan supaya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, direhatkan sementara dakwaan tuduhan jenayah moral dihadapinya, disiasat.

Timbalan Presiden PPSM, Muhamad Yusro Borhan Nordin, menafikan kenyataan akhbar terbabit dikeluarkan secara kolektif.

“Ia tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam apa-apa medium. Kami percaya nama Presiden (Ibrahim Deris) dan PPSM sudah digunakan di dalam kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media.

Tengahari tadi, satu kenyataan media menggunakan kepala surat PPSM bertarikh hari ini, mencadangkan supaya Mohd Naim direhatkan sementara sehingga siasatan membabitkannya selesai.

Kenyataan media yang ditandatangani Ibrahim selaku Presiden PPSM Sesi 2019/2021 itu, mencadangkan supaya Mohd Naim direhatkan, susulan pendedahan jenayah moral dilakukannya oleh seorang bekas pemimpin UMNO di laman Facebook pada 10 dan 13 Januari lalu.

Muhamad Yusro berkata, PPSM yang mewakili Pegawai Syariah di seluruh negara menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tohmahan ke atas Mohd Naim yang disifatkannya sebagai disensasikan seorang ahli politik melalui media, baru-baru ini.


PPSM katanya, menyeru masyarakat menilai fitnah, tuduhan jahat dan tohmahan tersebut dengan pertimbangan dosa dan pahala.

“Selain menjunjung nilai akhlak beragama, kami mengajak semua pihak kembali kepada “rule of law” dan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap apa-apa tuduhan dan tohmahan berkaitan.

“Ahli PPSM seluruh negara diseru terus bersama meneruskan hasrat, visi dan misi Ketua Pengarah /Ketua Hakim Syarie JKSM dan Ketua Hakim Syarie Negeri bagi menjayakan kecemerlangan institusi perundangan dan kehakiman syariah di negara ini,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori