Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pekerja Binaan Maut Jatuh...

GEORGETOWN - Seorang pekerja binaan rakyat Bangladesh maut selepas terjatuh dari bangunan di...

Honda Lancar Barisan CR-V...

SHAH ALAM - Honda Malaysia hari ini melancarkan kenderaan CR-V baru dalam tiga...

5 Gambar Muka Banduan...

RATA-RATA masyarakat yang memiliki aset pada wajah mereka lazimnya akan jadi pelaris dalam...

Anak Kak Ton Yang...

MANA mungkin orang boleh lupa tagline seorang usahawan wanita bagi mempromosikan produk kecantikannya...

Johor Rekod 3,841 Mangsa Banjir Setakat Ini

JOHOR BAHRU : Mersing menjadi daerah keenam dan terbaru terjejas banjir di negeri ini apabila seramai 366 penduduk daripada 90 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi hari ini.

EXCO Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir di negeri ini juga terus melonjak kepada 3,841 mangsa daripada 1,008 keluarga di 62 PPS.

Katanya, Segamat menjadi daerah paling terjejas banjir dengan 3,178 mangsa daripada 828 keluarga ditempatkan di 47 PPS.

“Sebanyak 62 PPS kini dibuka di Johor dengan Segamat paling banyak iaitu 47, diikuti Mersing (enam), Kota Tinggi dan Kluang masing-masing tiga, Tangkak (dua) dan Johor Bahru (sebuah).

“Mangsa banjir paling ramai adalah di PPS (SK) Kampung Tenang, Segamat (502 mangsa daripada 157 keluarga), SJK (C) Tah Kang di Segamat dengan 319 mangsa daripada 85 keluarga diikuti Sekolah Kebangsaan Batu Anam, Segamat (256 mangsa daripada 70 keluarga).

“Kawasan terjejas banjir di Mersing pula membabitkan Kampung Che Wok, Kampung Sri Pantai, Kampung Orang Asli Peta, Tenglu Besar, Air Papan Tengah, Tenglu Laut, Sawah Dato, Air Papan, Kampung Lubuk, Pengkalan Batu dan Kampung Jemari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sementara itu, Vidyananthan berkata, Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) mengeluarkan amaran bahaya kepada seluruh Johor iaitu hujan lebat berterusan hari ini.

“Penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca di kawasan masing-masing.

“Bermula hari ini hingga Rabu depan fenomena air pasang besar juga berlaku dan penduduk di kawasan berhampiran laut dan pesisiran pantai di negeri ini perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori