Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Rashford Budak Naif –...

JOSE Mourinho berkata Marcus Rashford kelihatan seperti budak naif selepas diperintah keluar padang...

Elak Membazir, Aplikasi Ini...

SATU aplikasi, Too Good To Go membolehkan pelanggan kini memesan sisa makanan di...

Salah Guna Namanya, Hafiz...

PENYANYI nasyid dan pendakwah terkenal Hafiz Hamidun menyatakan dia akan menyaman gedung kain...

Hanya RM10, ‘Abe’ Kini...

RAUB - Biarpun lebih 40 tahun berlalu, setiap detik perjalanan kalaupun bukan semua,...

Johor Sedia Buka Banyak PPS Jika Keadaan Memburuk

SEGAMAT: Kerajaan Johor bersiap sedia membuka lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini, berikutan keadaan hujan berterusan yang melanda kebanyakan daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail, berkata keadaan cuaca hujan berterusan itu dibimbangi menyebabkan lebih banyak kawasan rendah di negeri ini dinaiki air bah.

“Jika PPS yang dibuka tidak mencukupi, kerajaan Johor menerusi Jabatan Kebajikan Masyatakat (JKM) Johor bersedia membuka PPS baharu untuk menempatkan mangsa banjir.

“Kita akan mendapatkan nasihat Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah jika mana-mana daerah termasuk Segamat perlu membuka lebih banyak PPS.

“Setakat ini, semua keperluan mangsa banjir di sembilan PPS dibuka di Segamat mencukupi dengan JKM sudah mengagihkan bantuan termasuk bantal, selimut, tuala dan kit makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, di Labis, di sini, hari ini.

Segamat adalah daerah pertama terjejas banjir di negeri ini dengan mangsa banjirnya terus meningkat kepada 658 orang daripada 192 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS, setakat jam 12 tengah hari ini.


Ia berbanding hanya 456 mangsa daripada 133 keluarga dipindahkan ke lapan PPS, jam 8 pagi tadi.

Sementara itu, Zaiton berkata, masih tiada jangkitan COVID-19 dikesan di sembilan PPS yang dibuka di Segamat, setakat ini

“Alhamdulillah, kita memang menggunakan prosedur standard operasi (SOP) ketat di PPS di negeri ini.

“Makanan juga diberi secara bungkusan bagi memastikan kontak rapat dengan petugas PPS dapat dikurangkan.

“Kita juga menasihatkan mangsa banjir terus patuhi SOP termasuk pakai pelitup muka dan jaga kebersihan diri,” katanya lagi.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori