Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerana Politik, Selangor Sokong...

SHAH ALAM - Gara-gara mahu mempolitikkan bola sepak, kerajaan Selangor memecah tradisi lama...

Negeri Sembilan, Negeri Kelapan...

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu...

Tahun Kedua Peluk Islam,...

DALAM kesibukan mempromosikan single terbarunya iaitu Hilang, nampaknya penyanyi Marsha masih sempat menjalankan...

BN Pertimbang Kerjasama Dengan...

MASJID TANAH - Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan cadangan untuk menjalinkan kerjasama politik...

Jumlah Mangsa Banjir Gelombang Kedua Meningkat Di Pahang

PEKAN: Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di Negeri Pahang meningkat kepada 1,074 orang pada malam ini berbanding 986 tengah hari tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, setakat jam 8 malam, kesemua mangsa daripada 310 keluarga itu kini ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah yang terjejas antaranya Lipis, mencatatkan 501 mangsa daripada 144 keluarga.

Kesemua mangsa ditempatkan di 13 PPS yang dibuka sejak 31 Disember lalu.

Daerah Raub turut mencatatkan peningkatan mangsa banjir berbanding semalam iaitu seramai 276 orang daripada 84 keluarga yang kini ditempatkan di 12 PPS.

Di daerah Maran pula, seramai 92 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di lima PPS.


Selain itu, daerah Jerantut turut terjejas akibat gelombang kedua dan sehingga kini, 61 mangsa telah ditempatkan di tiga PPS.

Manakala di Rompin, 130 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di lima PPS, dan di daerah Bera pula 14 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di satu PPS.

Sementara itu, seramai 1,063 mangsa banjir gelombang pertama di Pahang masih ditempatkan di 10 PPS.

Jumlah korban akibat bah gelombang pertama di negeri itu kekal 21 mangsa.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori