Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Najib, Zahid Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Jambori Pengakap Mampu Pupuk...

TAWAU - Jambori Pengakap berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya...

Stok Vaksin Anti-Rabies Mencukupi...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyangkal laporan Malaymail...

Kesihatan Pekerja Malaysia Tahap...

KUALA LUMPUR - Kesihatan pekerja di negara ini di tahap membimbangkan dengan sebahagiannya...

Kapal tangki Jerman ditahan berlabuh Tanpa kebenaran

LUMUT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Jerman di perairan Pulau Jarak di sini, kelmarin kerana berlabuh tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, berkata kapal tangki sepanjang 171.20 meter ditahan di kedudukan 30.7 batu nautika tenggara Pulau Jarak pada 11.15 pagi.

Menurutnya, kapal dikendalikan seorang nakhoda dengan 18 kru terdiri daripada warga Russia, Ukraine, Romania dan Filipina berusia 28 hingga 63 tahun dikesan berlabuh secara haram melalui radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut.

“Kapal tangki berkenaan dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan ditahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) di bawah Seksyen 491B(1)(I).

“Semua kru bersama kapal ditahan di ‘South East Point’ (SEP) Pulau Pangkor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu Shahrizan berkata, Kapal Maritim (KM) Nyalau menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 6.2 batu nautika timur Pulau Jarak kerana menceroboh zon tangkapan ikan selepas didapati menangkap ikan kurang 12 batu nautika daripada daratan pada 5.40 petang, hari sama.

“Bot dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama dua kru warga Thailand dan Laos itu berusia antara 36 hingga 51 tahun ditahan mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya.

Beliau berkata, komuniti maritim diminta menyalurkan maklumat atau aduan jenayah maritim kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori