Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Panik, Tiada Trend...

PUTRAJAYA - Orang ramai tidak perlu panik berikutan kejadian kluster Influenza Like-Illness (ILI)...

Hantar Semula Kakitangan Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk menghantar semula kakitangan kesihatan...

Anak Maut Gara-Gara Jubah...

SEORANG ibu muda terjatuhkan anaknya pada ketinggian 40 kaki selepas jubah labuhnya tersadung...

Kelas Bisnes Pesawat A350...

BAHAGIAN kelas perniagaan pesawat Airbus A350-900 XWB baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyediakan...

Kemas Kini BKM Dibuka

Kuala Lumpur : Pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka hari ini sehingga 31 Januari 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Katanya, penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.

“Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan iaitu penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)2021 dan penerima Bantuan Khas Covid (BKC) B40 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut tersenarai adalah pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin dandata agensi kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni


Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia juga meliputi Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.

“Pemohon BKM boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kerajaan kekal komited dalam memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori