Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Haiwan Juga Boleh Terdedah...

ALOR SETAR - Cuaca panas melampau yang berlaku ekoran fenomena El Nino kebelakangan...

Wanita Bertindak Agresif Semasa...

KUALA LUMPUR -- Seorang wanita bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama kepada polis semasa ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Op Mabuk di Selangor malam ini.

Kanak-Kanak 3 Tahun Positif...

NILAI - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia...

Anak Menteri Positif Dadah...

KUALA LUMPUR – Anak menteri yang ditahan dan didapati positif dadah akan didakwa...

Kementerian Undang-Undang Perlu Diwujudkan Semula

PUTRAJAYA : Setelah hampir 30 tahun dibubarkan, Kementerian Undang-Undang perlu diwujudkan semula bagi menyelia pelbagai isu perundangan semasa yang semakin kompleks.

Saranan ini dibayangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar terhadap masa depan portfolio dipegangnya itu.

“Saya lihat negara kita sepatutnya balik kembali kepada era 1960-an, 1970-an dahulu, apabila kerajaan pada waktu itu ada sebuah Kementerian Undang-Undang yang tersendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 peringkat jabatan tersebut di sini hari ini.

Kali terakhir Kementerian Undang-Undang diwujudkan pada 1995 yang diterajui Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebelum dijadikan bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Portfolio itu mula dibentuk selepas kemerdekaan pada 1957 dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan sebelum ditukar nama kepada Kementerian Keadilan pada 1959.

Ia diubah pula kepada Kementerian Undang-Undang pada 1992 sebelum dimansuhkan tiga tahun kemudian dan ketika ini terdapat hampir 20 agensi berbeza di bawah portfolio tersebut.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, keperluan diwujudkan satu kementerian khusus amat penting kerana semua agensi yang terlibat merupakan organ utama pihak kerajaan selama ini.


“Malah usaha transformasi kerajaan pun tidak boleh lari dalam melibatkan pelbagai pindaan dan rang undang-undang baharu yang perlu ada kementerian khas sebagai penyelaras,” katanya.

Beliau memberi contoh inisiatif pembaharuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dirancang diletakkan terus di bawah kawal selia Parlimen.

Dua agensi di bawah portfolio beliau itu cukup besar, namun berbeza peranan dengan agensi kerajaan lain dengan ada yang perlu mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, beliau akan membawa cadangan bagi pewujudan Kementerian Undang-Undang dalam masa terdekat kepada Perdana Menteri sebelum dibincangkan dalam jemaah Kabinet.

“Idea ini mungkin mengambil masa sedikit tetapi ia memang ada dalam perancangan dan penelitian rapi untuk menjadi kenyataan apabila tiba waktu yang sesuai nanti,” jelas Wan Junaidi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori