Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah 36 Keluarga Rosak...

TEMERLOH - Tatkala umat Islam sedang membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri yang bakal...

Tubuh Badan Khas Untuk...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak bercadang untuk menubuhkan...

265,149 Peminjam PTPTN Dikeluar...

PUTRAJAYA - Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Apa Motif Ada Pihak...

BIAR BETUL?... Awal minggu ini, industri penerbangan tempatan gempar apabila tiga operator udara...

Kerajaan Rancang Haramkan Produk Tembakau Kepada Individu Lahir Selepas 2005

KUALA LUMPUR : Kerajaan merancang untuk mengharamkan produk tembakau terhadap generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada golongan yang dilahirkan selepas 2005.

Ini bermakna golongan yang berusia 17 tahun hari ini tidak akan dapat membeli produk tersebut secara sah dari segi undang-undang apabila mereka mencapai umur tertentu untuk merokok tahun depan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sesi ke-150 pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Geneva.

“Malaysia ingin menekankan peranan tembakau dalam Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Kami seperti negara di Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat (WPRO) di negara lain, berharap dapat meluluskan undang-undang yang jika berjaya, akan melarang penjualan produk tembakau kepada sesiapa yang lahir selepas tahun 2005.

“Malaysia merasakan ia akan beri impak besar terhadap NCD,” katanya dalam video yang dikongsi di akaun Twitter beliau.

Larangan merokok berdasarkan generasi akan sama seperti rancangan New Zealand untuk menaikkan umur merokok yang sah di sisi undang-undang sebanyak setahun, setiap tahun, mulai 2027.


Ia pada dasarnya memastikan produk tembakau dilarang kepada golongan yang lahir selepas 2008.

Khairy sebelum ini dilaporkan akan membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok terbaru dalam mesyuarat Parlimen akan datang, yang akan menggantikan undang-undang kawalan tembakau sedia ada di bawah Akta Makanan 1983.

Undang-undang baru itu juga dilaporkan akan mengawal selia e-rokok dan produk vape.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori