Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

5 Pemain Bola Sepak...

Sungai Buloh : Lima lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan polis selepas...

Rakyat Perlu Pilih Parti...

TAWAU - Rakyat perlu memilih parti yang mampu membentuk kerajaan kuat dalam pilihan...

Bajet 2018: Salur Input,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan...

Penyanyi Era 1980-An, Aman...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah, 68, menghembuskan nafas terakhir...

Kerajaan Thailand Teruskan Pembiayaan Semua Rawatan COVID-19

BANGKOK: Kerajaan Thailand terus membiayai rawatan COVID-19 di hospital swasta dan pengurusan hospital tidak boleh mengenakan bayaran kepada pesakit mereka, lapor Agensi Berita Thai (TNA), memetik jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.

Wangboonkongchana berkata, kabinet tidak menghentikan bayaran rawatan meskipun organisasi terbabit mencadangkan kerajaan berhenti menanggung kos rawatan COVID-19 di hospital swasta dan membayar rawatan pesakit yang dijangkiti dan tidak divaksinasi untuk menjimatkan perbelanjaan negara.

Terdapat juga cadangan untuk memvaksin orang yang dijangkiti COVID-19 menggunakan hak rawatan di bawah Keselamatan Sosial atau skim insurans kesihatan sejagat mereka.

Wangboonkongchana berkata, kerajaan akan membayar rawatan COVID-19 di hospital awam dan swasta dan pesakit tidak perlu membuat sebarang bayaran. Pihak pengurusan hospital tidak boleh mengenakan bayaran kepada pesakit mereka.


Kerajaan membiayai rawatan COVID-19 di hospital awam, swasta dan lapangan, serta rawatan di rumah dan orang ramai tidak perlu risau tentang beban kewangan, kata jurucakap kerajaan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori