Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Negara Islam Perlu Capai...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak pemimpin Islam memberi tumpuan membangunkan...

NGO Islam Berhimpun Aman...

KUALA LUMPUR - Sejumlah ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berkumpul di...

‘Supremacy’ Tidak Baik Untuk...

KUALA LUMPUR - Jurang prestasi yang semakin melebar dalam kalangan pasukan yang bertanding...

Pengawal Keselamatan Maut Ditikam...

TAWAU - Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas ditikam semasa cuba meleraikan pergaduhan...

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di Johor.

Terdapat dua kemungkinan berhubung asosiasi PAS dan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Kemungkinan pertama, kisah antara PAS dan UMNO pada PRN Melaka akan berulang di negeri selatan tanah air.

Pada PRN Melaka, pimpinan dan ahli PAS negeri terus berpegang kepada kolusi Muafakat Nasional (MN).

Mengenepikan arahan PAS Pusat supaya memenangkan calon daripada Perikatan Nasional (PN).

Mengundi calon PAS, namun di kerusi tidak ditandingi PAS membantu dan mengundi calon Barisan Nasional (BN).

Selepas keputusan PRN Melaka, Pesuruhjaya PAS Melaka digugurkan jawatan oleh PAS Pusat.

Mynewshub difahamkan, mood pemimpin, ahli dan penyokong PAS Johor ketika ini sama seperti di Melaka.

Mereka mahukan MN berbanding PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Gerakan.

Maka kemungkinan kisah PAS dan UMNO pada PRN Melaka akan berulang sangat munasabah.


Kemungkinan kedua, PAS dijadikan alat oleh PN untuk memperdaya dan mengkhianati UMNO dalam PRN Johor.

PAS berpotensi memenangi kerusi dalam PRN Johor jika bekerjasama dengan UMNO.

Namun, PAS akan memindahkan kerusi dimenangi hasil kerjasama dengan UMNO untuk sokongan kepada PN.

Kemungkinan-kemungkinan ini sekadar hipotesis dan sintesis sehingga yang hitam jadi putih, putih menjadi hitam.

Justeru, terpulang kepada kejujuran pimpinan tertinggi PAS untuk bekerjasama dengan UMNO menghadapi PRN Johor.

Jika jujur mahu bekerjasama dengan UMNO seharusnya meninggalkan PN dan kembali kepada MN sebuah kemuafakatan yang sebenar.

Pimpinan tertinggi PAS tidak sepatutnya mengharapkan UMNO begitu naif dan daif dalam mengenal pasti risiko politik.

Jika pemimpin tertinggi PAS enggan meninggalkan PN, maka kemungkinan pertama adalah praktikal untuk Bangsa Johor menjayakan MN.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori