Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Pukul Rakan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

Xiaomi Mi A2 Tingkat...

KUALA LUMPUR - Bersempena dengan pelancaran telefon pintar baharu Mi A2, Xiaomi dengan...

Polis Siasat Tajuddin Tak...

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan terhadap Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk...

9 Mayat Ditemukan Dalam...

MERSING - Sembilan warga asing ditemui mati lemas, manakala dua terselamat, dalam kejadian...

Kita Semua Bersalah Walau Tidak Curi Tabung Masjid

Sebenarnya dalam isu remaja lelaki dihukum penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana mencuri tabung masjid tiada satu pihak yang bersalah.

Sebaliknya semua pun bersalah. Bukan sekadar imam, ahli kariah masjid dan penduduk kampung yang mendera remaja dengan upacara ‘mandi jenazah’ bersalah.

Seluruh rakyat Malaysia menyokong mahupun tidak menyokong penderaan dan hukuman dikenakan terhadap remaja itu juga semuanya bersalah.

Netizen yang gigih mengeji remaja lelaki itu kerana terjebak dalam penagihan dadah untuk mempertahankan tindakan ‘mandi jenazah’ jauh lebih bersalah.

Kita semua bersalah kerana ramai dalam kalangan kita jarang ambil peduli. Kita tidak peduli masalah orang lain asalkan itu bukan masalah kita atau ahli keluarga.

Kita hanya peduli apabila masalah mereka jika menjadi tular kerana seronok untuk mengutuk, menghentam, menghina seolah diri kita sesuci embun pagi.

Jika remaja lelaki itu salah seorang ahli keluarga pasti lain nadanya. Bersyukurlah itu bukan anak-anak kita. Tetapi mengapa begitu yakin anak anda tidak akan seperti itu pada masa depan?

Jangan bandingkan pandangan ini dengan datuk remaja lelaki berkenaan yang bercucuran air mata mengaku dia sendiri meminta cucunya dihantar kepada polis.

Dia yang hanya bergantung hidup pada bantuan zakat mengaku membuag keputusan itu kerana sudah tidak tahu bagaimana untuk memperbaiki cucunya.

Apa lagi yang mampu dihadapnya jika berusaha mengelakkan cucunya ke penjara selain daripada penghinaan dan cacian berterusan rakyat Malaysia.


Mari kita teliti sejenak adakah sesiapa antara kita pernah cuba membantu warga emas itu untuk memperbetulkan cucunya?

Berdasarkan maklumat mynewshub terima rata-rata penduduk tidak menyedari pun kewujudan remaja berkenaan sebelum insiden itu berlaku.

Maklumat seterusnya diterima remaja itu merupakan anak kepada ibu bapa yang telah bercerai dan tinggal bersama datuknya yang serba kekurangan.

Kemudian pada usia 19 tahun akhirnya terperangkap dengan pengaruh penyalahgunaan najis dadah. Mengapa demikian hanya dia dan Allah S.W.T yang tahu.

Sebenarnya kisah remaja itu antara penyakit sosial yang telah lama membarah dalam masyarakat moden Malaysia, tetapi kita tidak ambil endah selagi ia bukan keluarga kita.

Nilai murni kehidupan masyarakat Tanah Melayu “anak engkau anak aku juga” telah lama dilempar jauh kerana zaman moden adalah tentang aku dan aku semata-mata.

Yang kita ambil berat adalah peluang untuk menghukum atau membedal anak orang lain dengan sepenuh kekuatan dan kebanggaan jika melakukan sebarang kesalahan.

Mungkin sudah tiba masa sentuhan nilai lama diamalkan semula di negara ini, namun adakah setiap ibu bapa Malaysia zaman ini bersedia menerimanya sedangkan anak mereka intan payung, bulan dan bintang?

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori