Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rani Kulup Sokong Pemilik...

FIGURA yang popular dengan tagline #kipidap (keep it up), Abdul Rani Kulup tampil menyokong dan...

FAMA cadang Ambil Tindakan...

TASEK GELUGOR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah...

Model Ekspo Chinajoy Dilarang...

China - Tidak dibenarkan memakai pakaian mendedahkan dada dan skirt pendek. Amaran tersebut...

Lori Dinaiki Terbabas, 3...

PAPAR - Sepasang suami isteri dan seorang anak perempuannya maut, manakala empat lagi...

KKM Kaji Keperluan Dos Penggalak Keempat

KUALA LUMPUR : Kumpulan teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan Omicron.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.

“Kita sudah menerima berita itu, justeru kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.


“Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos.

“Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini,” katanya kepada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori