Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kedah Sedia Pelbagai Peruntukan...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan terus memartabat dan mengekalkan penghayatan al-Quran...

Layak Terima Caruman Siling...

KUALA LUMPUR : Faedah caruman siling gaji baharu bawah pindaan Akta Keselamatan Sosial...

Kerajaan N.Sembilan Akan Tubuh...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan menubuhkan kumpulan pemikir yang dikenali sebagai Institut...

MH17: Selepas Laporan Risikan,...

PUTRAJAYA - Selepas menerima laporan risikan "agak konklusif", Malaysia dan pasukan penyiasatan antarabangsa...

Kunjungan Hun Sen Ke Myanmar ‘Disambut’Dengan Bantahan

YANGON: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, disambut barisan kehormat dan permaidani merah oleh kerajaan junta di Myanmar manakala penduduknya menyertai tunjuk perasaan membantah kunjungan beliau.

Ia adalah lawatan pertama oleh seorang ketua negara ke Myanmar sejak junta tentera menggulingkan pemerintah awam diterajui Aung San Suu Kyi pada 1 Februari tahun lalu, mencetuskan tunjuk perasaan meluas dan tindakan ganas pihak berkuasa.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Kemboja, Hun Sen menemui ketua junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, untuk ‘berbincang dan bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala serta perkembangan terkini di ASEAN’.

Jurucakap junta Myanmar, Zaw Min Tun, mengesahkan kedua-dua pemimpin itu bertemu kelmarin untuk mengeratkan hubungan.

Lawatan dua hari pemimpin Kemboja itu menunjukkan kesediaan beliau untuk berdialog dengan junta selepas memegang jawatan pengerusi ASEAN tahun ini.

Pengkritik berkata lawatan itu boleh ditakrif sebagai mengiktiraf pemerintahan junta walaupun Hun Sen berkata tujuannya adalah untuk ‘meredakan krisis dan menggesa semua pihak menghentikan tindakan ganas di negara itu,” lapor Phnom Penh Post.

Di Myanmar, penentang junta tentera berkata lawatan Hun Sen itu dilihat sebagai menyokong pihak junta.


Di Depayin, kira-kira 300 kilometer ke utara ibu kota Naypyidaw, penunjuk perasaan membakar poster perdana menteri Kemboja dan melaungkan ‘Hun Sen jangan datang ke Myanmar. Kami tidak mahu diktator Hun Sen’.

Paparan gambar di media sosial menunjukkan bantahan turut diadakan di Mandalay dan wilayah Tanintharyi serta Monywa.

Seorang aktivis terkemuka di Myanmar, Min Ko Naing, menulis di media sosial bahawa Hun Sen akan menghadapi bantahan besar-besaran berhubung lawatannya, yang akan menjejaskan ASEAN.

Badan Penyelarasan Mogok, yang mengumpulkan lebih 260 pertubuhan menentang rampasan kuasa di Myanmar, turut mengecam lawatan Hun Sen dan menuduhnya menyokong junta tentera Myanmar.

Namun, dalam satu ucapan Rabu lalu, Hun Sen menggesa semua pihak di Myanmar bersabar supaya rancangan damai dapat dilaksanakan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori