Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PKR Tuduh Kerajaan Guna...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), menuduh kononnya kerajaan...

Memahami Krisis Qatar Dalam...

1. ISRAEL cukup benci Qatar. Sebabnya Qatar mengambil pendekatan mesra dengan golongan militan anti-Israel...

Kesedaran Rawatan Awal Strok...

KOTA BHARU - Kesedaran tentang rawatan awal apabila seseorang diserang strok masih rendah...

“Saya Ada Ramai Kawan...

KUALA LUMPUR - "Di Kelantan tak ramai Bugis. Tapi saya ada ramai juga...

KWP Bantu Mangsa Banjir Di Johor, Melaka

Putrajaya : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menggerakkan pasukannya ke Segamat, Johor dan Melaka bagi membantu mangsa banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahidan Kassim berkata, bantuan ini diadakan atas semangat Keluarga Malaysia untuk menyumbang tenaga dan mengerakkan aset dalam operasi membantu, menyelamat dan membersih kawasan yang terkesan.

Menurutnya, KWP bersama agensi di bawahnya iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) berada di dua negeri itu sejak semalam dan membuka Pusat Kawalan Operasi Banjir bagi menyelaras serta mengatur gerak kerja bersama pasukan pengurusan bencana daerah dan negeri terbabit.

Katanya, jumlah kekuatan anggota pada kali ini adalah 60 warga kerja DBKL dan PPj.

“Jumlah sukarelawan daripada pelbagai agensi ini akan ditambah dari

masa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan semasa,” katanya.


Sebelum ini pasukan KWP terbabit dengan misi bantuan banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Katanya, KWP juga akan mengedarkan bantuan bakul makanan kepada keluarga yang terjejas banjir di kawasan itu.

“Atas dasar keprihatinan, KWP bersedia untuk terus menghulur tenaga, bantuan serta sumbangan merentas Wilayah Persekutuan serta meningkatkan bantuan dari masa ke semasa meskipun negeri-negeri yang dibantu itu bukan di bawah seliaan kementerian ini,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori