Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PRK K.Kangar: 32,632 Pengundi...

KUALA KANGSAR - Sebanyak 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi esok bagi...

Azwan Tersingkir, Adel Diserap...

SHAH ALAM - Pelajar Akademi Fantasia 2014 iaitu Adel yang disingkir dalam rancangan...

KWAP Tidak Tergesa-Gesa Lulus...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi diberitahu Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) tidak tergesa-gesa...

Adira Enggan Ulas Mengenai...

GARA-GARA si suami memberi komen berbentuk gambar ikon botol susu, ramai pihak mula...

Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam Ditutup Kepada Semua Kenderaan

KUALA SELANGOR – Jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di Seksyen 484.6, Laluan Persekutuan 5, Jalan Klang-Sabak Bernam ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama dua hari bermula Selasa.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor, Ir Hafidzan Idris berkata, penutupan jalan itu bermula jam 11 malam Selasa hingga 6.30 pagi Khamis.

Menurut beliau, penutupan jalan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas.

“Pengguna diminta untuk mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hafidzan berkata, bagi kenderaan berat boleh melalui laluan alternatif Jalan Sungai Terap-Jalan Raja Musa-Jalan Rawang.


“Kenderaan ringan boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bukit Belimbing,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan pengguna kenderaan diminta berhati-hati berikutan terdapat rekahan pada jejantas pejalan kaki di hadapan SMK Pengkalan Permatang di Laluan Persekutuan 5 di sini.

Pejabat JKR Kuala Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas tersebut disebabkan hentaman daripada kenderaan berat.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori