Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Naik PSC Bukan Selamatkan...

PUTRAJAYA – Kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) ke atas pelepasan antarabangsa di terminal...

2 Bajau Laut Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya etnik Bajau Laut, ditahan...

Miliki Beg Mewah Tiruan,...

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki rakyat Bangladesh dihukum penjara masing-masing enam bulan selepas...

Syor Subsidi Haji Bersasar,...

KUALA LUMPUR : Tabung Haji (TH) disaran supaya melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar...

Lelaki Penggal Kepala Ibu Didakwa Isnin Ini

KUALA SELANGOR : Lelaki yang memenggal kepala ibunya selepas marah tidak mendapat duit yang diminta dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, minggu lalu dijangka didakwa Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran lanjutan reman ke atas lelaki berusia 26 tahun itu hari ini.

Menurut beliau, Mahkamah Kuala Selangor di sini membenarkan reman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Reman ke atas suspek seminggu berakhir hari ini, namun dibenarkan untuk disambung pagi tadi.

“InsyaAllah, kita menjangkakan lelaki berkenaan didakwa di mahkamah sama Isnin ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Ramli memberitahu, pihaknya sudah melengkapkan siasatan kes itu dan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan pendakwaan.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan tragedi memilukan apabila kepala seorang wanita berusia 56 tahun ditemukan dalam rumah dipercayai akibat dipenggal anak lelakinya menggunakan parang.

Kejadian pukul 5 petang, Sabtu itu disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi mangsa sebelum dia segera pergi ke rumah berkenaan dan menemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori