Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Bukti Terapi Ozon...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan mengkaji permintaan Pertubuhan Pengamal Perubatan Ozon Malaysia...

Laporan Awal Nahas Elmina...

KLANG: Kerajaan akan mendedahkan laporan awal nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas...

Bank Rakyat Umum Produk...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

SPRM Rujuk Keputusan Peguam...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merujuk keputusan Peguam Negara Tan...

Mabuk Sebelum Berkuasa

Duhai Syed Saddiq. Tiada siapa mempersoalkan sama ada parti MUDA beli arak menggunakan wang sumbangan untuk mangsa banjir.

Seolah-olah mahu mengalih perhatian orang muda Malaysia daripada isu utama iaitu ahli MUDA minum arak beramai-ramai.

Fahamilah isu itu bukan melambangkan budaya politik tua dan lapuk atau main isu agama untuk merendahkan imej MUDA.

Sedih apabila memikirkan parti orang muda Malaysia menganggap mereka yang mempersoalkan tentang minum arak sebagai tua dan lapuk.

Wahai Ahli Parlimen Muar sesungguhnya minum arak bukan isu politik, isu tua atau lapuk. Ia isu kesihatan. Ia isu moral dan apatah lagi ia sememangnya isu agama.

Isu minum arak bukan tentang makan atau minum sesiapa. Fakta kesihatan jelas menyatakan arak sememangnya menjejaskan kesihatan.

Fakta moral pula adalah tentang pandangan rakyat Malaysia minum arak perbuatan yang tidak baik kerana ia membahayakan diri dan orang lain.

Adakah Syed Saddiq tidak tahu bagaimana seseorang boleh bertindak agresif apabila berada dibawah pengaruh alkohol?


Fakta agama Islam sebagai agama Persekutuan pula menetapkan bahawa minum arak hukumnya adalah haram dan berdosa.

Apapun kenyataan Syed Saddiq seolah-olah membayangkan partinya menerima ahli-ahlinya minum arak sangat tidak bagus buat golongan muda negara.

 

Walaupun tiada larangan bukan Islam minum arak, sebagai salah sebuah parti politik di Malaysia sepatutnya menolak budaya minum arak.

Adakah ini dasar pentadbiran negara Malaysia andai MUDA berjaya menjadi kerajaan dalam PRU-15 kelak hanya Syed Saddid dan MUDA yang tahu.

Dan mungkin selepas ini akan ada ungkapan baharu di Malaysia iaitu Mabuk Sebelum Berkuasa selepas ungkapan Mabukkan Kuasa.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori