Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mujahid Kecewa Agamawan Kritik...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

Umat Islam Seluruh Malaysia...

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Rabu ini.Pengumuman tarikh itu dibuat...

Tukang Cuci Jadi Kegilaan...

SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di jalanan Rio De Janeiro kini...

Penuntut USM Maut Jatuh...

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan...

Mahfuz Contoh ‘Troll’ Makan Diri

Zaman ini zaman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan segala-galanya. Majoriti rakyat Malaysia terutama golongan muda memiliki akaun media sosial.

Justeru media sosial dilihat oleh ramai pihak termasuk sektor korporat dan ahli politik sebagai medium terbaik masa kini untuk mendekati golongan sasar.

Bagaimanapun penggunaan media sosial harus secara bijak dan berhemah kerana tersilap langkah mengundang lebih keburukan berbanding manfaat kebaikan.

Sebagai contoh pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Mahfuz Omar telah melakukan beberapa kedangkalan dalam penggunaan media sosial baru-baru ini.

Lima hari lalu beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) membuat posting “Peribahasa baru: kalau takut BALAK diatas bumbung, jangan berumah di negeri Pahang”.

Semua faham apa beliau cuba lakukan adalah ‘troll’ kerajaan BN Pahang, tetapi beliau terlalu ‘work hard’ sehingga mesejnya sekadar menunjukkan suatu tahap pemikiran yang singkat.

Orang muda mudah tertarik dengan pendekatan ‘troll’ kerana kelakar, nanun ‘troll’ beliau melanggar sensitiviti kemanusian dan berubah daripada unsur jenaka kepada ‘annoying’.

Seolah-olah tidak simpati terhadap nasib pemilik rumah berkenaan, tidak menghormati perasaan anak jati Pahang serta mengabaikan fakta dalam situasi bencana apa sahaja boleh berlaku.

Dalam satu lagi posting yang dimuat naik secara berasingan beliau kelihatan mahu menyindir kes ‘conflict of interest’ dan integiriti membabitkan Ketua Pesuruhjaya sebuah agensi penguatkuasaan.


“Isteri: Abang! Saya jumpa bra dalam beg travel abang. Cepat bagitau siapa punya ni?

“Suami: Itu… Adik tumpang bra wife dia dalam beg abang. Apa salahnya? Memang wife dia. Cuma tumpang beg abang je.

“Isteri: Owh… Ok abang. Saya puas hati dengan penjelasan abang. Tiada apa nak dicurigakan.

Posting berkenaan bra ini menimbulkan persoalan apakah ini tahap kualiti berfikir seorang pemimpin politik, wakil rakyat dan bekas Menteri Kerajaan PH.

Tidak senonoh sedangkan ada banyak perumpamaan atau analogi lain boleh digunakan selain daripada bra yang agak sensitif bagi golongan wanita.

Contoh ini seharusnya menjadi teladan kepada semua pihak terutama ahli politik yang lain supaya lebih berhati-hati dan cermat menggunakan media sosial.

Kerana sekarang ini sebarang kenyataan di media sosial adalah dianggap rasmi dan tertakluk kepada perundangan serta menjadi persepsi rakyat.

Maka jangan samakan media sosial dengan borak-borak kedai kopi kerana implikasinya sangat besar kepada diri walaupun bagus kepada rakyat dapat tahu nilai sebenar seseorang ahli politik.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori