Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

RM1,000 Bantuan Khas Kakitangan...

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada 8,000 kakitangannya yang akan...

Tidak Rasmi: Johan Aziz...

PETALING JAYA : Calon BN DUN Dusun Tua, Datuk Johan Abd. Aziz dilihat...

Daiyan Trisha Positif COVID-19,...

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19.Perkara itu dimaklumkan...

Alasan Shiha Guna Khidmat...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam melancarkan klip video bagi single terbaharunya,...

Malaun Blogger ‘Tiada Telor’

Sejak semalam kecoh berhubung pihak cuba membuat petisyen hilang kepercayaan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Secara tidak langsung bermakna hilang kepercayaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Kita tidak pasti malaun mana yang berbuat demikian kerana maklumat diperoleh setakat ini agak terhad iaitu ia dimulakan oleh individu atau blogger yang kini menetap di Melbourne, Australia.

Kita juga tidak pasti sama ada akaun Facebook digunakan oleh blogger itu tulin atau palsu, tetapi jika tulin sekali pun ternyata barua itu ‘tiada telor’ dan hanya berani berkokok di luar gelanggang.

Jika di zaman sekolah, inilah pencacai yang kerjanya melagakan kawan-kawan dan berbual kencang, tetapi menyorok atau sekadar bersorak apabila “sparring” bermula. Sebiji macam watak ‘Buang’ dalam filem Sarjan Hassan.

 

Ingatlah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Kepentingan institusi diraja amat besar di Malaysia.

Malah pemerintah sebenar di Malaysia adalah Raja-Raja Melayu walaupun sebahagian kuasa telah dikurangkan semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, walhal kerajaan cumalah sebagai pentadbir.

Mungkin ramai kurang menyedari tanpa Raja-Raja Melayu pasti sudah lama negara huru-hara berdepan dengan kancah kekalutan ekoran ketidakstabilan politik yang tidak sudah-sudah sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018.

Kerana dengan adanya institusi diraja sebagai tonggak utama pemerintahan negara, maka keadaan masih terkawal dan rakyat Malaysia masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

Justeru, kepada siapa yang masih bangang tidak melihat tentang kepentingan Raja-Raja Melayu kepada rakyat dan negara lebih baik terjun lombong agar dirimu menjadi lebih berharga.

 


Bagaimanapun ada sesuatu yang agak memeranjatkan sepanjang meneliti posting-posting akaun Facebook individu yang mengaku dirinya sebagai blogger tersebut.

Dalam banyak kenyataannya menghentam, mengutuk, mengkritik pemimpin politik terutama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terselit rakaman video Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Akaun Facebook tersebut memuji-muji Syed Saddiq dan parti barunya, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

“REPORT CARD : SYED SADDIQ : MUDA. Pass with flying colours !!!”

Kelihatan malaun yang menghasut rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap Yang di-Pertuan Agong itu sangat menyokong, bangga dan teruja terhadap Syed Saddiq dan parti MUDA.

Kita tidak pasti mengapa golongan-golongan seperti ini yang kelihatan amat gembira, menerima dan mengalu-alukan Syed Saddiq bersama parti barunya.

Sebelum ini gerakan berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual, trangander (LGBT) dikenali sebagai JEJAKA dipercayai menjalin kerjasama dengan MUDA untuk membantu mangsa banjir.

Dapatan-dapatan ini sekali gus menimbulkan persoalan yang agak serius tentang parti MUDA.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori