Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes godam ATM gemparkan...

KUALA LUMPUR - Tahun ini negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 buah mesin...

Pelawak Hazmeer Perlu RM18,000...

PELAWAK Hazmeer Hassan berhadapan ujian besar apabila cahaya mata pertamanya berdepan masalah jantung...

Budak 6 Tahun Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari...

Lifeguard Langsung Tak Teruja,...

IA merupakan pekerjaan yang paling mudah, iaitu mengawasi keselamatan perenang terbaik di dunia,...

Mangsa Banjir N. Sembilan Naik Mendadak, Daerah Tampin Teruk Terjejas

TAMPIN : Angka mangsa banjir di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan mendadak kepada 1,666 mangsa setakat jam 8 pagi ini, yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.

Tujuh daripada jumlah PPS berkenaan dibuka di Tampin, yang merupakan daerah paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor kepada Astro AWANI pagi ini.

“Jika pada petang semalam hanya 239 mangsa dipindahkan ke 10 PPS, sehingga pagi ini, 1,666 membabitkan 413 keluarga telah diselamatkan ke PPS berhampiran, selain berlaku peningkatan paras air sungai.

“Buat masa ini PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Kelemah Gemas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 786 mangsa, diikuti PPS SK Agama Arab Jelai 4, yang juga di daerah Tampin ini, dengan seramai 266 mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Syukri berkata, lima PPS lain di daerah Tampin ialah di SK Keru, Surau Kampung Gedok, Dewan Semarak Air Kuning, SK Kampung Londah Gemas, Dewan Besar Gemas dan Dewan Hala Cara Gemas.


Paras air di Sungai Gemencheh juga melepasi paras bahaya 39.9 meter dengan bacaan semasa 39.76 meter.

Selain itu, terdapat juga insiden tanah runtuh di kawasan Kampung Jeram dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan selain laluan utama Tampin menghala ke Pekan Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah juga ditutup.

Katanya, daerah lain yang turut terjejas ialah daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah.

Tinjauan Astro Awani di sekitar daerah Tampin mendapati meskipun paras air di beberapa kawasan kediaman sudahpun surut, namun hujan lebat masih berterusan sejak malam tadi.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori