Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DCA Perlu Wujud SOP...

SUBANG - Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mewujudkan Prosedur Operasi...

7 Beranak Tinggal Di...

JOHOR BAHRU - Situasi tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima sebuah rumah kedai...

P.Pinang Kaji Semula Had...

GEORGE TOWN - Had umur minimum untuk perkahwinan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri...

565 Calon STPM 2016...

PUTRAJAYA - Seramai 565 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 memperoleh Purata...

Mangsa Banjir Sabah Meningkat Kepada 717 Orang

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa terkesan banjir di Sabah menunjukkan peningkatan ketara dengan 717 orang pagi ini, berbanding 536 semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata, sebanyak lapan daerah di negeri ini dilaporkan terjejas banjir setakat ini.

Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di beberapa daerah bagi menempatkan mangsa banjir, membawa kepada jumlah keseluruhan sembilan PPS.

“Setakat jam 8 pagi tadi, mangsa banjir di Sabah adalah seramai 717 orang yang melibatkan sebanyak 212 ketua isi rumah (KIR).

“Daerah yang mencatatkan pembukaan PPS baharu ialah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid dan Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambahnya, turut terkesan ialah daerah Kinabatangan, Lahad Datu dan Ranau.

Bagaimanapun, tiada PPS yang dibuka bagi tujuan pemindahan mangsa di daerah tersebut setakat ini.

Terdahulu, setakat 8 malam tadi, 536 mangsa banjir dilaporkan membabitkan 182 KIR di seluruh negeri.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori