JOHOR BAHRU : Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini.
Bagaimanapun, beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Saya juga berpendirian untuk menyokong Datuk Hasni Mohammad untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor.
“Ia bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Johor,” katanya.
-Berita Harian