Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Pahang Terima Sultan...

BERSEJARAH... Rakyat Pahang secara rasminya akan menerima ketua negeri yang baharu apabila Sultan...

Bekas MP Langkawi Meninggal...

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, dilaporkan meninggal dunia meninggal dunia kira-kira...

Dunia Luar Kagum Rakyat...

PORT DICKSON — Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat luar...

Dua Maut, Enam Cedera...

KUANTAN - Dua warga Bangladesh maut manakala enam termasuk pemandu warga tempatan cedera...

MBJB Benar Guna Dewan Untuk Berkempen

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membenarkan dewan, premis atau mana-mana kemudahan miliknya digunakan bagi tujuan kempen, perjumpaan, mesyuarat atau aktiviti berkaitan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman, berkata terdapat beberapa syarat dan ketetapan yang perlu dipatuhi berhubung penggunaan itu.

Beliau berkata, antara syarat ditetapkan adalah tiada logo, jata, ikon atau apa sahaja bentuk lambang parti politik dipaparkan sepanjang program berlangsung di kemudahan miliknya.

“Ia termasuk logo atau ikon parti politik pada hiasan latar belakang, gegantung, bendera atau lain-lain bentuk hiasan di dalam atau persekitaran dewan atau premis MBJB.

“Keduanya, bayaran penuh kadar sewaan dewan mesti dibuat kepada MBJB terlebih dahulu kerana kemudahan ini adalah harta awam, maka penggunaannya perlulah bersifat umum untuk kepentingan dan kebaikan masyarakat setempat,” katanya berucap pada Mesyuarat Penuh MBJB, di sini, hari ini.


Mohd Noorazam turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi peraturan berkaitan pemasangan bendera, gegantung, poster, iklan atau apa-apa bahan berkaitan kempen.

“Setiap pihak perlu memastikan ia tidak menimbulkan kacau ganggu, tidak menyebabkan risiko kemalangan atau kekotoran di sekitar bandar raya.

“Pihak yang ingin memasang bendera atau iklan parti politik juga perlu mendapatkan kelulusan MBJB terlebih dahulu dan memastikan pemasangan hanya di kawasan yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori