Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Diri Setiap...

NEW YORK: Kaji selidik mendedahkan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kadar bunuh diri yang...

Penyanyi Dihukum Penjara 6...

BINTANG pop Mesir, Sherine dihukum penjara enam bulan selepas didapati bersalah menyebarkan `berita...

Seoul Dakwa Ejen Pyongyang...

SEOUL - Kementerian Penyatuan Korea Selatan di sini, hari ini mengesahkan berita pembunuhan...

Gigi Melekat Selepas Jalani...

TINDAKAN seorang remaja perempuan memasang pendakap gigi akhirnya menemui padah apabila semua giginya...

Mentimun Hidupnya Akur Dan Hormat

Memang terdapat sedikit ‘kepelikan’ dalam hasil siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

SC tidak dapat memastikan secara muktamad Azam telah melakukan pelanggaran di bawah seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) selepas memulakan siasatan pada 6 Januari 2022.

Ayat “tidak dapat memastikan secara muktamad” itu yang ramai berasa agak “kepelikan, namun sebagai ‘mentimun’ kita seharusnya menghormati apa sahaja keputusan institusi penguatkuasaan negara.

Bagaimanapun ada yang lebih pelik berbanding ‘kepelikan’ itu tatkala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengkritik hasil siasatan SC keatas Pesuruhjaya SPRM.

Walhal ‘kepelikan’ turut berlaku apabila kes rasuah terhadap beliau berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo pada tahun 2018 digugurkan selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ramai berasa pelik dengan keputusan mahkamah tersebut ketika itu, tetapi sebagai ‘mentimun’ rakyat perlu menghormati keputusan berkenaan.


Justeru, ramai berpendapat Guan Eng sebenarnya tidak layak membuat kritikan itu kerana beliau tiada “moral standing” untuk mengulas ‘kepelikan’ hasil siasatan SC terhadap Azam.

Selain itu, Guan Eng turut berpandangan melainkan SC boleh bertindak terhadap Azam, Seksyen 25(4) SICDA kini menjadi seperti harimau tidak bertaring dan tidak berguna lagi.

Pasaran modal Malaysia bakal kehilangan keyakinan pelabur dan meletakkan SC serta penubuhannya dalam kedudukan yang meragukan, sama ada SC mampu melaksanakan tugas undang-undangnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Mungkin beliau terlupa untuk bertanya demikian terhadap bekas Peguam Negara zaman pentadbiran kerajaan PH/DAP, Tommy Thomas semasa kes melibatkan dirinya digugurkan di mahkamah.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori