Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

“Bukan Saja Hero Negara,...

SEPANJANG perlawanan bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini, nama N. Thanabalan...

SPRM Tak Buka Kes...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan membuka siasatan kes-kes lama yang melibatkan pemerintahan...

Kereta Kabel Langkawi Terus...

LANGKAWI - Peristiwa beratus-ratus pelancong terkandas apabila sistem kereta kabel Langkawi SkyCab mengalami...

4 Sekeluarga Maut, Kereta...

EMPAT sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan...

Moderna Bakal Hasilkan Dos Vaksin Untuk COVID-19, Selesema

GENEVA : Syarikat farmaseutikal Moderna sedang mengusahakan dos penggalak satu suntikan untuk COVID-19 dan selesema.

Ketua Pegawai Eksekutif Stephane Bancel berharap syarikatnya akan berjaya menghasilkan gabungan vaksin penggalak itu bagi kegunaan pada tahun seterusnya.

Jelas Bancel, ia bagi memastikan orang ramai tidak perlu mendapatkan dua vaksin berbeza iaitu COVID-19 dan selesema terutama pada musim sejuk.

“Matlamat kami adalah untuk menghasilkan satu dos penggalak tahunan supaya kami tidak menghadapi masalah pematuhan yang mana orang ramai tidak mahu mendapatkan dua hingga tiga suntikan pada musim sejuk.

“Tetapi mereka mendapat satu dos iaitu dos penggalak untuk COVID-19 dan penggalak untuk selesema dan RSV, untuk memastikan orang ramai mendapat vaksin mereka,” katanya.


Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu dikritik hebat kerana mengutamakan pengedaran vaksin COVID-19 ke negara kaya dengan hanya sebahagian kecil daripada bekalannya memasuki negara miskin melalui COVAX.

Bancel berkata Moderna menyasarkan untuk menghasilkan kira-kira 2 hingga 3 bilion dos tahun ini dan berharap data daripada vaksin baharu yang diubah suai untuk menangani varian Omicron pada Mac.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori