Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kerjasama KKM-UM Gandakan Pakar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menggandakan pakar...

Imigresen Perlu Perkenal Kaunter...

PUTRAJAYA : Perkhidmatan kaunter di semua agensi kerajaan perlu mengenal pasti jumlah pelanggan...

UTC Pahang Tutup Awal...

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di Kuantan, akan beroperasi bermula 8.30 pagi hingga...

Video: Ibu Dan Bayi...

KUS semangat... rakaman video memaparkan detik cemas seorang wanita dan bayinya yang hampir...

MRT Phileo Damansara Rosak, Rapid Rail Mohon Maaf

KUALA LUMPUR : Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanan berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.

Menurut Rapid Rail, pasukan teknikalnya ketika ini sedang sedang giat mengenal pasti masalah.

Bagaimanapun pihaknya telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.

Pengguna dari arah Kwasa Sentral perlu turun dan mendapatkan tren perantara di Stesen Phileo Damansara ke Stesen Semantan dan seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa.

“Fokus pihak operasi adalah untuk memastikan pengguna dapat meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya pelan servis alternatif akan terus diaktifkan sehingga perkhidmatan kembali normal.


Situasi ini telah menyebabkan pergerakan tren akan menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna yang berkongsi perkara itu di media sosial.

Tambahnya pengguna diminta untuk mengikut status terkini perkhidmatan MRT menerusi platform media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini.

Video kejadian turut tular di media sosial.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori