Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Namun kenyataan pengasasnya konon MUDA parti baru untuk membawa perubahan di Johor agak mengelirukan.
MUDA baru cuma daripada segi tarikh penubuhannya, tetapi dipimpin individu yang pernah bersama PH.
MUDA dipimpin oleh Ahli Parlimen Muar menang dibawah tiket PH, bekas tokoh politik PH dan bekas Menteri PH.
Presidennya, Syed Saddiq malah masih menjalin hubungan akrab dan mesra dengan pimpinan PH terutama DAP.
Parti MUDA sekadar pada nama, namun yang paling utama apakah dasar dan pegangan pemimpinnya.
Justeru, tiada yang baharu pada MUDA kecuali tarikh penubuhan dan namanya sahaja.
Maka tidak keterlaluan jika ada pihak berpandangan MUDA sebagai cerminan agenda politik PH.
Contoh paling mudah semasa Syed Saddiq anggota Kabinet, beliau dikecam menggunakan khidmat aktivis LGBT.
Parti MUDA ditubuhkannya namun masih bekerjasama dengan kumpulan LGBT dikenali sebagai JEJAKA semasa membantu mangsa banjir.
Bermaksud apa diterapkan beliau sebagai anggota Kabinet kerajaan PH masih diteruskan oleh parti baharunya.
Analogi lebih mudah jika pemabuk tukar kereta baru, pemandunya tetap pemabuk dan berbahaya di jalan raya.
Lagipun Syed Saddiq semasa menjadi Menteri tidak memberi sebarang impak yang signifikan untuk kemajuan Johor.
Jadi untuk mengatakan parti baharu pimpinannya akan membawa perubahan di Johor boleh dipertikaikan.
Anak muda Johor seharusnya bijak dalam menilai perkara itu dan tidak mudah terpesona dengan taktikal nama sesebuah pertubuhan politik.
-Mynewshub