Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Siasat Video, Gambar Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memandang serius penularan video dan...

Ronnie Liu Selesai Beri...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya DAP, Ronnie Liu selesai memberi keterangan...

Balas Dendam, Peminat Taylor...

BEBERAPA hari lalu, seorang penonton telah mencemari persembahan Kanye West di Festival Glastonbury...

SPRM Siasat Pula Hotel...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung pembelian sebuah lagi...

MUDA Nafi Sumbangan Banjir Beli Minuman Keras

PETALING JAYA : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar dakwaan bahawa parti itu menggunakan sumbangan orang ramai untuk misi bantuan banjir bagi membeli minuman keras.

Beliau berkata, tuduhan tersebut adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal kerana semua urusan sumbangan itu direkod, diaudit dan ditunjukkan kepada umum.

Katanya, dakwaan tersebut hanya formula sama yang digunakan pihak yang tidak senang dengan kerja MUDA, malah jika pihak tersebut tidak boleh menunjukkan mereka berkhidmat untuk rakyat, maka mereka memainkan isu agama, isu sensasi, isu yang merendahkan nilai dan imej MUDA.

“MUDA tak guna duit sumbangan untuk beli minuman alkohol Ini tuduhan paling tak masuk akal. MUDA is an open book (parti terbuka). Semua sumbangan 100 peratus disalurkan kepada mangsa banjir.

“Minggu lepas saya sudah buat sidang media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu. Semua urusan direkod dan akan diaudit. Tak perlu nak buat tuduhan kononnya MUDA salah guna duit beli minuman alkohol,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Dakwaan tersebut timbul selepas tular gambar sekumpulan yang mengenakan baju parti itu dilihat duduk bersama meja yang dipenuhi botol dan tin minuman keras.

Selain itu, Syed Saddiq menjelaskan, MUDA juga adalah parti berbilang bangsa dan agama yang wujud atas dasar toleransi.

Katanya, selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, maka itu tidak mengapa.


“Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu. Kita hormat hak mereka dan mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya juga percaya taktik murah dan lapuk sebegitu adalah taktik mereka yang terdesak untuk menjatuhkan imej MUDA.

“Kalau betul-betul nak tularkan isu, tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat. Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri. Itu baru isu yang perlu diangkat, bukan isu makan minum orang.

“Saya sudah pesan kepada MUDA, jangan terikut-ikut budaya tua dan lapuk begini. Fokus pada kerja dan khidmat kepada rakyat. Berani kerana benar.

“Jika nak tahu lebih lanjut dengan perbelanjaan MUDA, boleh datang ke Command Centre Misi Banjir MUDA,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori