Pengumuman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat bijak.
Keputusan itu akan membolehkan calon muka baharu ditampilkan oleh PN dalam PRN berkenaan walaupun mungkin cuma untuk satu kerusi.
Muhyiddin malah telah melakukan pengorbanan yang besar untuk PN kerana rakyat pernah menolak “poster boy” PN itu di Melaka tiga bulan lepas.
Lagipun amat berisiko Muhyiddin bertanding kerana beliau ialah Pengerusi PN, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan Presiden Bersatu.
Bermain catur ‘King’ perlu dilindungi untuk mengelakkan “checkmate”. Jika Muhyiddin tewas apatah di negeri sendiri, semakin suram masa depan PN.
Namun seandainya hanya bidak-bidak beliau yang tumpas, maka Muhyiddin masih boleh ke sana ke sini mendabik dada ‘Rakyat Sayang Abah’.
Paling berisiko sekiranya parti komponen PN mula berkira-kira untuk meninggalkan PN selepas semakin jelas sifu mereka ditolak rakyat.
Justeru, jangan sesekali menganggap Muhyiddin penakut, pengecut dan bacul kerana tidak mahu bertanding dalam PRN Johor.
Sebaliknya beliau sangat licik mentelaah dan membuat culaan apakah nasibnya sekiranya mempertahankan kerusinya di DUN Johor.
Muhyiddin tidak perlu bersikap terlalu berani dalam apa keadaan sekali pun seperti yang ditonjolkan oleh ramai pemimpin UMNO yang masih setia kepada parti itu.
Apa yang perlu Muhyiddin lakukan adalah “hit and run” dan “playsafe” tanpa perlu mempedulikan apa rakyat fikir kerana itu langkah selamat.
-Mynewshub