Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

`Drama Cinta’ Lelaki Sanggup...

"TOLONG jangan tinggalkan aku, aku merayu pada kau!" demikian rintihan dan rayuan seorang...

Mais Terima Sumbangan Tiga...

SHAH ALAM - Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di sini menerima...

Instagram Gadis Mirip Rosmah...

SEORANG gadis berusia 18 tahun yang dipercayai warga Poland tiba-tiba menjadi perbualan hangat...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada Skala Richter melanda Wilayah...

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin aspek kecekapan pengurusan yang diperluaskan ke peringkat negeri dan daerah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata gesaan berhubung perkara itu turut diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Disember, tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, struktur sedia ada NADMA akan diteliti semula untuk memperkukuh peranannya sebagai peneraju pengurusan bencana negara dan ia sedang dalam tindakan bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Antara perkara yang diteliti adalah penubuhan NADMA di peringkat negeri dan daerah, justeru diharapkan menjelang akhir sidang khas ini, kita dapat beri satu penyelesaian, mungkin menubuhkan NADMA 2.0.


“Ini bagi memastikan kita betul-betul dapat menggarap kepentingan bahawa pengurusan bencana bukan saja di peringkat pusat, tetapi meliputi peringkat negeri dan daerah,” katanya pada sidang khas Parlimen, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori