Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Myanmar Beri Kelulusan...

PETALING JAYA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Lulus RM200j Bangun Sektor...

ALOR SETAR - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk beberapa insiatif khusus...

Kucing Bantu Pelancong Sesat...

GENEVA - Seorang lelaki yang tersesat jalan semasa meneroka kawasan pergunungan di Switzerland...

Jangkitan Koronavirus Lebih Tinggi...

BEIJING - Jumlah kes koronavirus yang disahkan di China kini meningkat kepada 5,974...

OKT Mati Dalam Lokap: Punca Kematian Paru-Paru Berair

KUALA LUMPUR – Kematian seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT)di dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan pada Ahad diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.

“Bedah siasat telah djalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian OKT berusia 37 tahun itu adalah paru-paru berair,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azri memaklumkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.


Pada Isnin, media melaporkan USJKT JIPS Bukit Aman menjalankan siasatan terhadap kes kematian OKT di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori