Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pakar Sosial Setuju Pokemon...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar sosial tempatan bersetuju agar permainan peranti Pokemon Go...

Pengguna Internet Dinasihat Amalkan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Wanita Maut Dalam Kemalangan...

MIRI - Seorang wanita berusia 26 tahun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok di...

Azmin Tolak Kenyataan Abdul...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden PAS...

PAS Mahu Runding Cari Persefahaman Dengan UMNO

Marang : Pas sentiasa membuka pintu rundingan bersama Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan terus berusaha dan bekerjasama dengan parti berkenaan bagi mencari titik persefahaman.

“Sebagaimana yang disebut oleh Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, kita akan berusaha, dunia belum kiamat lagi (dan) insya-Allah boleh terus berusaha (berunding),” katanya.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, Pas belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding dan meletakkan calon pada PRN Johor.

“Belum buat keputusan lagi… bagi bernafas dahulu… baru kita buat keputusan,” katanya.


Terdahulu, Ahmad Samsuri hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, hari ini.

Barisan Nasional (BN) Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRN berkenaan.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dipetik berkata, ia tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori