Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mas Khan Tak Kisah...

PELAKON Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan, 22, mengakui tidak kisah...

Hanya Tinggal Dua Ekor...

Shah Alam - Dalam tempoh 2005 hingga 2013, empat Tapir Malaya mati akibat...

Ahmad Shabery Sindir Pemuda...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir...

Usia Dah Meningkat, Takkan...

VOKALIS kumpulan XPDC, Ali berkata kini sudah tiba masanya mereka menyampaikan lagu dalam...

PBB Hubungi Pihak Berkuasa Kazakhstan

JURUCAKAP Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric berkata organisasi itu terus mengikuti rapat situasi genting di Kazakhstan.

Katanya, diplomat badan dunia itu sedang berhubung dengan pegawai di Kazakhstan selepas pasukan keselamatan dilaporkan membunuh puluhan penunjuk perasaan.

Sejumlah 12 anggota polis turut dilaporkan maut ketika protes bertukar ganas.

Dujarric turut mengesahkan tindakan antara PBB dan pihak berkuasa di Kazakhstan telah dimulakan, termasuk komunikasi antara Wakil Khas PBB Natalia Gherman dan Timbalan Menteri Luar Kazakhstan Akan Rakhmetullin.

“Kita sedang memantau keadaan dengan teliti.

“Dan saya memaklumkan di sini, beberapa panggilan telefon telah dibuat antara PBB dan pihak berkuasa di Kazakhstan, termasuk pagi ini antara Natalia Gherman dan Akan Rakhmetullin.


“Semasa perbualan ini, rayuan untuk mengawal diri, menahan daripada keganasan dan menggalakkan dialog untuk menangani situasi telah diulangi Natalia Gherman bagi pihak Setiausaha Agung,” kata Dujarric di New York pada Khamis.

Protes ganas itu menyaksikan bangunan kerajaan Kazakhstan diserang dan dibakar.

Menurut pihak berkuasa, seorang pegawai polis ditemui dipenggal dalam pergolakan yang menimbulkan cabaran terhadap pemerintahan kuku besi di negara Asia Tengah itu.

Walaupun pihak berkuasa bertindak balas dengan keras, penunjuk perasaan masih kembali ke jalan raya di bandar terbesar negara itu, Almaty, sehari selepas menceroboh kediaman presiden dan pejabat datuk bandar.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori