Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gambar: Berkhemah Tahap Ekstrem,...

BERANIKAH anda sekiranya ditawarkan untuk berkhemah di paras ketinggian yang sangat menakutkan serta...

Masalah Negara Bukan Diselesai...

KUALA LUMPUR – Permasalahan dihadapi rakyat dan negara hari ini bukan dapat diselesaikan...

Status Akademik Azizan: Universiti...

BELUM reda lagi kontroversi membabitkan kelulusan pakar motivasi, Azizan Osman walaupun Syarikat Richworks yang...

Kembara Kebajikan 1Malaysia Jelajah...

KUALA LUMPUR - Kembara Kebajikan 1Malaysia yang kini memasuki tahun ketiga akan memberi...

PBM Perjuang Enam Teras Agenda Utama

KU ALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan memperjuangkan enam teras agenda utama iaitu keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda serta pembangunan ekonomi.

Dua lagi teras ialah peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid berkata parti itu bukan bergerak berlandaskan retorik, sebaliknya mempunyai aspirasi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan status sosial mereka.

Beliau juga memaklumkan sebagai sebuah parti menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada, PBM turut bersetuju dan yakin dengan iltizam #KeluargaMalaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“PBM adalah medium penyatuan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir, sama ada dari sudut pembangunan ekonomi, mahupun perkembangan sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Semalam, Ahli Parlimen Julau Larry Sng dipilih sebagai Presiden PBM pada mesyuarat khas persidangan agung parti itu bagi penggal 2021-2024 yang berlangsung di Sibu, Sarawak.

Pada sidang media semalam, Sng yang pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden PBM berkata PBM bukan parti baharu tetapi ia parti politik tempatan yang diubah nama daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP), kepada parti peringkat nasional.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori