PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik pada Selasa.
Badan dunia itu menyifatkan sikap Pyongyang sebagai membimbangkan dan mendesak kepimpinan republik itu mematuhi kewajipan antarabangsa.
“Kami sangat bimbang dengan perkembangan terbaru ini dan menyeru supaya kepimpinan Pyongyang untuk kembali mematuhi peraturan di bawah resolusi Majlis Keselamatan dan meneruskan rundingan dengan pihak-pihak lain.
“Kami yakin dan percaya rundingan diplomatik sebagai satu-satunya cara untuk mencapai keamanan berpanjangan dan pengawalan senjata nuklear sepenuhnya di Semenanjung Korea,” katanya di New York pada Selasa.
Pelancaran peluru berpandu itu dikesan oleh Korea Selatan dan Jepun.
Korea Utara disifatkan mempamerkan aset pertahanannya dengan pelancaran ini, ketika rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat masih buntu.
Ia merupakan pelancaran kedua dalam masa seminggu.
Rabu lepas, Korea Utara mendakwa ia berjaya menguji peluru berpandu hipersonik yang mengenai sasaran sejauh 700km dengan tepat.
Ia merupakan ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September 2021.
-Awani