Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Pinggirkan Mereka Yang...

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu meningkatkan keterlibatan dengan golongan yang kurang bernasib baik...

Parti Amanah Dakwa Bangsa...

KUALA LUMPUR - Bangsa Melayu perlu mengenepikan pemikiran cuma kaum Melayu boleh dibenarkan...

Jadi Sensasi Internet, Wanita...

SELEPAS munculnya kisah doktor lelaki paling kacak di laman sosial Instagram baru-baru ini,...

6 Suspek Bunuh Gajah...

TAWAU - Kesemua enam suspek utama yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam  seekor...

Pemberian Bantuan Tidak Seharusnya Dijadikan Isu Politik

KUALA LUMPUR : Pemberian bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan isu politik, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

“Dalam membincangkan soal kesukarelawanan dan pemberian bantuan adalah satu ibadah yang tidak seharusnya dijadikan sebagai satu isu politik.

“Bagi saya sendiri yang berada dalam sebuah parti politik Islam kami telah dididik sebelum kami menyertai arena politik untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dan saya sendiri sudah 35 tahun bersama dengan masyarakat jadi sebenarnya kerja kebajikan ini adalah tanggungjawab kita dan politik ini cumalah pelengkap untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk “Misi Bantuan Banjir Untuk Laba Politik?” di sini malam ini.

Ketika ditanya mengenai pembabitan sukarelawan daripada parti politik yang mengenakan pakaian dan logo parti ketika di lapangan, Siti Zailah berkata Malaysia sebagai sebuah keluarga besar yang mempunyai masyarakat dengan pelbagai latar belakang telah menunjukkan sikap keterbukaan dan keikhlasan masing-masing dalam membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.

“Kita sebagai satu keluarga besar yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan ideologi politik, ini menunjukkan keterbukaan kita yang penting kita tidak meletakkan mesti pakai pakaian yang tertentu, sebab itu menunjukkan keikhlasan mereka.

“Bagi saya, tak kisah mereka pakai warna atau logo apa, yang penting adalah kecintaan dan kasih sayang mereka bagaimana mereka menyantuni mangsa ini adalah sifat yang terpuji dan saya lihat ada orang Islam menolong yang bukan Islam dan begitu juga sebaliknya menunjukkan dalam kita menghadapi bencana ini kita adalah seperti satu keluarga yang erat,” katanya.


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menggerakkan lebih 3,000 pegawainya bagi memastikan penempatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan terurus serta makan minum yang mencukupi dan sebanyak RM35 juta telah dibelanjakan oleh pihak kementerian bagi tujuan penyediaan barangan keperluan asas.

Selain itu, seramai 1,500 Sukarelawan Kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia juga telah digerakkan untuk menjalankan Intervensi Psikososial kepada mangsa bencana yang terbabit.

Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga telah menggerakkan Skuad Waja yang memiliki keahlian berdaftar seramai 100,200 untuk turun sama membantu mangsa bencana memberikan sokongan emosi termasuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

Ahli Dewan Negara Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian turut menambah, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu melakukan satu pencarian penyelesaian yang serius untuk memastikan jika berlakunya kejadian banjir dalam skala yang berlaku pada tahun ini ada persediaan dari pihak kepimpinan negara dan negeri untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.

“Kita lihat seperti apa yang berlaku di Selangor adalah sesuatu yang berbeza dan kita perlu lihat cara untuk kita lakukan satu ‘flood mitigation system’ (sistem tebatan banjir) untuk menangani apa yang berlaku sekarang untuk masa hadapan supaya ada langkah-langkah untuk meminimumkan apa yang mungkin berlaku,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori